Penyakit Coronavirus ini mula dikesan di bandar Wuhan pada Disember yang lalu. Kalau tengok statistic dunia, semakin tinggi orang yang terkena akan penulawan wabak ini di seluruh dunia.
Kalau ikut keadaan sekarang ni, semua orang berpotensi terkena akan jangkitan tersebut. Tak kiralah apa status, tahap kesihatan dan kumpulan semuanya boleh kena.
Persoalannya, macam mana dengan ibu yang sedang hamil?
Buat masa ini masih belum ada bukti yang kukuh untuk mengklasifikasikan kumpulan mana yang mudah dijangkiti. Ini termasuklah jantina, tahap kesihatan, umur, gaya hidup dan lain-lain.
Secara umumnya, ibu hamil lebih mudah dijangkiti selsema, oleh itu dinasihatkan, untuk mengambil langkah lebih berhati-hati. Golongan ini harus lebih kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, menggunakan topeng muka sekiranya di tempat awam dan sering memakai hand sanitizer.
Wanita hamil jaga perlu peka menjalani pemeriksaan kehamilan mengikut tarikh yang telah diberikan oleh jururawat atau doctor bagi memstikan kandungan dalam keadaan baik.
Sumber: theasianparent
Oleh: Khalie azmi