Sekarang ni nak keluar petang-petang pun kena fikir banyak kali sebab risau hujan lebat dan ribut petir kan.
Bertabahlah semua, sebab hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan ni mungkin akan berlanjutan sampai hujung bulan depan.
Antara kawasan yang terjejas ialah negeri di pantai barat semenanjung iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, barat Sabah dan Sarawak.
Ada jugak kawasan yang mungkin akan dilanda banjir kilat tau.
Contohnya macam dekat KL, teruk jugak lah banjir kilat baru-baru ni.
So, hati-hati guys!
Sebelum keluar, bawak payung siap-siap ataupun tak payahlah keluar kalau takde urusan penting, okay!
Oleh: Izzati Amir