Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan akan berlakunya luruan monsun bermula hari ini hingga 2 Januari 2022 dan pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.
Menerusi catatan di Facebook rasmi MetMalaysia, keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan timur Sabah pada 27 Disember dan di kawasan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember 2021.
Sementara itu, di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula pada 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.
Dalam pada itu, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur di Semenanjung dari tempoh 27 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.
Sumber: [1]