Han Seo Hee Dijatuhkan Hukuman Penjara 1 Tahun 6 Bulan

Nama Han Seo Hee pernah dikaitkan dengan kes marijuana melibatkan T.O.P BIGBANG.

han seo hee dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun 6 bulan

Terbaru, wanita berusia 26 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Suwon selama satu tahun enam bulan.

Memetik laporan News1, Hakim Kim berkata: “Han Seo Hee menafikan pertuduhan terhadap pihak pendakwaan, dengan mendakwa lokasi dan masa penggunaan dadahnya tidak dinyatakan. Tetapi selepas menelitinya, tiada kesilapan dalam dakwaan pendakwa raya.

“Han Seo Hee menolak keputusan ujian air kencing, mendakwa dia secara tidak sengaja menjatuhkan cawan kertas ke dalam tandas dan keputusan positifnya adalah disebabkan air tandas. Bagaimanapun, kakitangan pejabat percubaan telah mengesahkan bahawa mereka tidak mendengar apa-apa bunyi cawan kertas dan mereka telah menerima cawan kertas itu serta-merta.

“Dia kemudian meneruskan bahawa keputusan jumlah amphetamine dan methamphetamine dalam ujian Han Seo Hee adalah lebih daripada 300 nanogram, menurut Institut Penyiasatan Saintifik Kebangsaan. Sukar untuk mempercayai bahawa bekalan air mengandungi amfetamin sebanyak itu untuk menjejaskan keputusan ujian Han Seo Hee.”

Selain itu, pihak hakim turut memutuskan bahawa dakwaan Han Seo Hee bahawa ujiannya bercampur dengan orang lain tidak diterima kerana dia adalah satu-satunya wanita pada masa ujian air kencingnya diambil.

Terdahulu, Han Seo Hee pernah didakwa atas tuduhan membeli ganja sebanyak empat kali pada 2016 dan menghisap ganja sebanyak tujuh kali di rumahnya di Junggu, Seoul.

Dia kemudian dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun, digantung empat tahun, denda 870,000 won (RM3,054), percubaan selama empat tahun dan 120 jam program pemulihan dadah pada 2017.

Sejak itu, dia ditahan di pejabat percubaan selama 20 hari selepas ujian rambang ke atasnya di pejabat percubaan bawah Kementerian Kehakiman tahun lalu didapati positif bahan seperti methamphetamine dan amphetamine.

 

Sumber: [1]