Gordon Ramsey Derma RM200,000 Kepada MasterChef Junior Untuk Rawatan Kanser

gordon ramsey derma rm200,000 kepada masterchef junior untuk rawatan cancer

Siapa je yang tak kenal Gordon Ramsey, seorang chef yang terkenal dan bermulut lancang. Walaupun terkenal dengan sifat tersebut, namun hatinya sangat lah baik.

Baru-baru ini, menurut tabloid People, juri Masterchef Junior ini telah mendermakan $50,000 kepada Ben Watkins yang sedang berusaha melawan penyakit kanser.

Ben juga merupakan salah seorang peserta MasterChef Junior pada musim keenam. Selain itu, Ramsey turut menulis pesanan yang sangat menyentuh hati.

“Sekiranya anda boleh melawan saya dalam dapur MasterChefJunior, percayalah, anda boleh melawan ini. Semoga Tuhan merahmati dan lots of love, kawan.” Kata Ramsey.

Bagaimanapun, Waktkins meninggal dunia tiga bulan kemudian pada 16 November lalu ketika berusia 14 tahun. Perkara ini dilaporkan oleh Chicago Tribune.

Sumber: PEOPLE