Giliran Facebook Sembunyikan Butang 'Likes'?

giliran facebook sembunyikan butang

Foto: Daily Express

Selepas Instagram, kini giliran Facebook pula bakal menyembunyikan paparan jumlah ‘Likes’ di platform mereka?

Menurut Amanz, percubaan membuang paparan 'Likes' di Facebook dilaporkan telah pun bermula.

via GIPHY

Sekiranya Facebook menggunakan kaedah yang sama seperti Instagram, nampaknya hanya pemilik akaun sajalah yang dapat melihat jumlah likes yang mereka terima.

Jika dilihat dari sudut positif, ternyatakan tindakan ini dapat membantu mengurangkan isu persaingan antara pengguna-pengguna platform ini.

Tapi, tak pasti bila fungsi ini akan dilancarkan. Yang pasti, sehingga ke hari ini fungsi sembunyikan 'Likes' di Instagram masih belum lagi dilaksanakan di Malaysia.