Gara-Gara Nak Usir Ular, Lelaki Ini Tak Sengaja Terbakar Rumah Sendiri Yang Bernilai RM7 Juta!

Gara-gara ingin menghalau ular yang ‘bertandang’ di rumahnya, seorang lelaki dari Maryland, Amerika Syarikat tidak sengaja terbakar rumahnya yang bernilai jutaan ringgit.

gara-gara nak usir ular, lelaki ini tak sengaja terbakar rumah sendiri yang bernilai rm7 juta!

Semuanya bermula apabila lelaki yang tidak diketahui namanya itu cuba menghalau haiwan tersebut yang memasuki rumahnya dengan menggunakan getah daripada arang yang telah dibakar.

Bagaimanapun, sebaik ular itu keluar dari tempat persembunyiannya, lelaki itu secara tidak sengaja membakar kediamannya seluas hampir 1,000 kaki persegi atau 93 meter persegi.

Menurut Pete Piringer, Ketua Jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Montgomery County di Maryland, “Arang digunakan sebagai sumber haba untuk asap, tetapi diletakkan terlalu dekat dengan bahan mudah terbakar, menyebabkan rumah itu terbakar.”

Kebakaran itu sendiri dipercayai berasal dari ruang bawah tanah dan merebak dengan cepat ke setipa tingkat.

“Pemiliknya berada di rumah itu beberapa jam lebih awal tetapi nasib baik tiada sesiapa berada di situ semasa kebakaran,” sambungnya.

Kejadian itu mula diketahui jiran pemilik rumah berkenaan selepas dia melihat kepulan asap sebelum segera menghubungi 911 untuk panggilan kecemasan.

Seramai 75 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran terbabit namun api itu hanya dapat dipadamkan pada keesokan harinya.

Nilai kerosakan dan kerugian daripada kebakaran tersebut dikatakan mencecah AS$1 juta (RM4,220,500).

Rumah itu sebelum ini diduduki hanya beberapa bulan selepas dibeli dengan harga AS$1.8 juta (RM7,596,900).

 

Sumber: [1]