Gara-Gara Miliki Persamaan Dengan Karakter 'Puss in Boots', Si Oyen Ini Menjadi Viral

Gara-gara memiliki persamaan dengan watak kucing Puss in Boots dari filem Shrek, si ‘Oyen’ ini menjadi bahan bualan hangat media sosial dalam sekelip mata.

gara-gara miliki persamaan dengan karakter 'puss in boots', si oyen ini menjadi viral

Dikenali sebagai Pisco, kucing berbaka Golden British Shorthair yang berasal dasri New York ini memiliki bulu berwarna ‘ginger’ dengan sepasang mata besar tetapi kelihatan sayu membuatkannya tidak ubat kelihatan seperti watak dalam filem tersebut.

Tidak ketinggalan, Pisco juga memiliki kira-kira 615,000 pengikut di Instagram.

Kongsi pemilik Pisco, si ‘Oyen’ itu dahulunya penakut namun selepas dibela mereka untuk suatu tempoh lama, ia mula membiasakan diri sehingga mempunyai tabiat yang suka dipeluk.

Pemilik Pisco memaklumkan si comel itu dahulunya penakut tetapi selepas beberapa lama dipelihara, ia mula membiasakan diri, malah sangat gemar dipeluk.

"Pada mulanya, Pisco sering gelisah dan tidak mahu dipegang atau disentuh.

"Tetapi kami berusaha mengambil hatinya, kami tidak akan memaksa untuk memeluk atau menangkapnya.

"Selepas beberapa minggu, ia mula nampak lebih yakin dan menunjukkan sifat ingin tahu.

"Sekarang ia seperti teddy bear, sangat suka dipeluk dan sangat manja," kata pemiliknya kepada portal Daily Mail.

 

Sumber: [1]