Gantung 10,000 Pinggan Porselin Pada Dinding Rumah Sebagai Hiasan

gantung 10,000 pinggan porselin pada dinding rumah sebagai hiasan

Seorang lelaki dari Vietnam benar-benar obsess dan minat dengan pinggan mangkuk porselin.Selama 25 tahun, Nguien Van Truong telah menghiaskan rumahnya dengan menggantung lebih 10,000 buah pinggan porselin.

Beliau mula jatuh cinta pada porselin antic pada tahun 1986, setahun selepas beliau berhenti menjadi tentera dan kembali ke kampungnya di Kieu Son. Waktu tu beliau menjadi seorang tukang kayu dan mengambil peluang untuk mengecat meja pengumpul barangan antic.

gantung 10,000 pinggan porselin pada dinding rumah sebagai hiasan

Ketika menjalankan kerja ni lah dia terjatuh minat pada barangan antic terutama sekali pinggan porselin dan semenjak daripada itu beliau mula mengumpul secara serius akan barangan tersebut.

gantung 10,000 pinggan porselin pada dinding rumah sebagai hiasan

Minat tak minatnya lelaki ni, beliau sanggup pinjam duit daripada jiran, saudara mara dan juga rakan-rakan untuk membeli porselin. Truong juga sanggup menjelajah ke mana-mana sahaja sekiranya ada orang yang mahu menjual porselin dan membawa alatan itu di dalam bagpacknya selama beberapa minggu.

Sumber: odditycentral