Gambar Ahli Parlimen Tidak Memakai Topeng Muka - Berita Palsu

gambar ahli parlimen tidak memakai topeng muka - berita palsu

Berita palsu masih berlegar di ruangan media sosial, kali ini berkaitan dengan satu gambar yang menunjukkan sekumpulan Ahli Parlimen berkumpul di lobi bangunan parlimen.

Menurut portal sebenarnya.my, ia bukan gambar terkini, sebaliknya gambar lama yang dimuatnaik pada tahun 2018.

Netizen dinasihatkan supaya sentiasa bertanggungjawab dan elak menyebarkan berita palsu ketika negara sedang “berperang” menyelesaikan pandemik Covid 19.

Ingat, jika tak tolong tak ape, tapi jangan timbulkan masalah!

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin