Bersempena Hari Kanak-Kanak Perempuan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 11 Oktober, seorang gadis berusia 16 tahun bakal mengambil alih tugas sebagai pemimpin.
Perdana Menteri Finland, Sanna Marin telah membenarkan Aava Murto, 16, untuk mengambil alih tugasnya dalam inisiatif ‘Girls Takeover’.
Jadi, sepanjang program itu Aava Murto akan berjumpa dan mengadakan mesyuarat dengan menteri dan ahli-ahli parlimen dari negara tersebut.
Inisiatif ini dianjurkan oleh orgaisasi hak asasi kanak-kanak ‘Plan International’.
Sumber: Astro Awani