Gadis 12 Tahun Berjaya Masuk Senarai 10 Youtuber Paling Ramai Subscriber Di Malaysia

gadis 12 tahun berjaya masuk senarai 10 youtuber paling ramai subscriber di malaysia

Seorang gadis yang baru berusia 12 tahun berjaya memasuki senarai 10 YouTuber paling banyak subscriber di Malaysia.

Beliau adalah Aryanna Alyssa Dezek seorang penyanyi lokal. Adik Alyssa berjaya berada di dalam senarai itu selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Alyssa menjadikan YouTube sebagai platform untuk mempamerkan bakatnya dalam bidang nyanyian. Beliau seriag menyaikan lagu-lagu hit Malaysia dan juga Indonesia. Selain itu, kebolehannya bermain gitar dan ukulele juga menjadikan beliau seorang yang lain daripada yang lain.

Berdasarkan Malay Mail, Alyssa terinspirasi daripada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurrhaliza. Beliau mengharapkan kariernya akan menjadi gilang gemilang seperti penyanyi tersebut.

Alyssa juga  baru sahaja melancarkan lagu terbarunya berjuful ‘Lagu Untu Kamu’ pada bulan November tahun lepas. Video tersebut telah meraih 30 juta tontonan. WOW!

Sehingga hari ini Alyssa mempunyai 2 juta subscriber di laman YouTubenya dan beliau baru sahaja menemerima Gold Play Button daripada pihak YouTube. Tahniah adik Alyssa.

Sumber: Malay Mail