Futuristiknya Topeng Muka Ni, Siap Ada Penapis Udara Lagi

futuristiknya topeng muka ni, siap ada penapis udara lagi

COVID-19 benar-benar mengubah dunia. Salah satu perubahan yang terjadi ialah pemakaian pelitup muka. Hampir setiap negara di dunia mewajibkan penduduknya memakai pelitup muka dengan harapan dapat memberhentikan penularan COVID-19.

Apabila dah jadi keperluan ni ramai yang berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Selalunya kita tengok pelitup separuh muka yang menutup bahagian hidung dan ke bawah. Kalau tutup penuh pun, pastinya visor tersebut bersifat lutsinar.

Tapi, sebuah syarikat yang dikenali sebagai Kickstarter telah menghasilkan sebuah topeng muka penuh dengan rekaan yang sangat futuristik. Topeng muka yang dinamakan Blanc itu sememangnya lain daripada yang lain kerana kelihatan seperti robot.

Bukan itu sahaja, topeng itu juga mempunyai penapis udara. Jadi, korang tak perlu risau lagi akan kebersihan udara yang korang sedut.

Topeng muka ini juga mempunyai pelbagai warna yang korang boleh dapatkan. Jadi, boleh lah korang pilih warna kegemaran korang. Harga topeng ni sepadan lah dengan rekaan dan teknologi yang ditampilkan. Korang boleh dapatkan Blanc ini dengan harga $79 atau RM321.

Sumber: Blanc Masks