Empat Kes Penyakit Berjangkit Selain Kes Baru COVID-19 Babitkan Mangsa Banjir

Susulan bencana banjir yang melanda, sebanyak empat kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

empat kes penyakit berjangkit selain kes baru covid-19 babitkan mangsa banjir

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga daripada kes tersebut berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sementara satu kes lagi adalah penyakit kulit.

Beliau turut memaklumkan sebanyak dua kes merupakan kes positif COVID-19 daripada 444 jumlah keseluruhan dalam kalangan mangsa banjir.

Setakat ini, terdapat 15 kes positif serta satu kluster.

Bagaimanapun tiada pertambahan kluster baharu dilaporkan pada hari ini di pusat pemindahan sementara (PPS).

 

Sumber: [1]