Demi Pendidikan Anak Murid, Sanggup Cikgu Ini Hantar Kerja Rumah Dengan Menaiki Sampan

demi pendidikan anak murid, sanggup cikgu ini hantar kerja rumah dengan menaiki sampan

Memang tepatlah apabila kita menggelarkan kerjaya sebagai pendidik merupakan pekerjaan yang mulia. Golongan ni bukan sahaja mengajar malah mendidik anak bangsa untuk jadi manusia. Malah, golongan ini juga sering berkorban untuk masa depan anak didiknya.

Seorang guru muda dari Sekolah Kebangsaan Nanga Encheremin,Kapit, Sarawak telah berkongsi pengorbanannya sebagai seorang pendidik melalui laman twitternya, @BELLFIKRI.

Melalui tweet tersebut beliau telah berkongsi empat kemping gambar yang menunjukkan beliau sedang dalam perjalanan menghantar kerja rumah untuk anak muridnya. Apa yang menyentuh hati apabila beliau menaiki sampan dan menemui anak muridnya di rumah mereka sendiri.

Guru tersebut terpaksa melakukan sedemikian selepas sekolah ditutup ekoran penularan wabak COVID-19.

Tak mudah sebenarnya jadi seorang guru ni. Tapi, hanya seseorang yang berjiwa guru sahaja yang tahu akan rasa gusar apabila anak-anak murid tidak dapat meneruskan pelajaran. Semoga guru-guru diberi kebaikan atas kebaikan yang mereka lakukan.

Sumber: Twitter  @BELLFIKRI