Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Supaya Tahan Lama

cara pakai minyak wangi dengan betul supaya tahan lama

Pasti ramai orang pernah ada pengalaman pakai minyak wangi tetapi tak bau wangi pun. Kononnya beli minyak wangi paling mahal dan paling harum tapi bau wangiannya masih tak tahan lama. Jangan risau, cuba korang try cara ini:

  1. Sembur di dada kerana bahagian ini tidak mempunyai banyak pergerakan dan kalau berpeluh ia akan meningkatkan lagi haruman minyak wangi.
  2. Kalau jenis kulit yang kering, anda perlu memakai losyen atau Vaseline sebelum menyembur minyak wangi.
  3. Jangan goncang botol minyak wangi kerana ia akan mengurangkan kualiti harumannya.
  4. Ramai yang ingat lepas sembur wangian kena gosok, tetapi salah sebenarnya. Kalau korang gosok bahagian yang disembur itu ia boleh menjejaskan molekul wangian menyebabkan baunya berubah.
  5. Botol wangian harus disimpan di tempat yang jauh daripada matahari. Kepanasan dan kelembapan boleh jejaskan kualiti minyak wangi.
  6. Jarakan semburan minyak wangi pada 4 ke 6 inci dan tak perlu sembur banyak banyak.

Selamat mencuba guys! Mana tau lepas ni, bauan minyak wangi tahan lama sampai ke malam.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: vanillakismis