Cara Nak Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju

cara nak hilangkan kesan kuning pada baju

Kesan kuning pada celah baju sering dialami oleh semua orang terutamanya golangan lelaki yang sememangnya berpeluh lebih kuat daripada perempuan. Selain kuat berpeluh, penggunaan deodorant juga adalah punca celah baju menjadi kuning. Yang paling annoying, walaupun disental kuat, kesan kuning tetap ada. Jom try petua ini, agar kesan degil mudah dan cepat hilang.

  1. Campurkan cuka dan air suam dengan jumlah yang sekata, kemudian sapukan pada bahagian baju yang kotor dan gosokkan perlahan lahan. Biarkan selama beberapa minit dan cuci seperti biasa.

 

  1. Sediakan campuran pes baking soda dan air dalam purata 3:1, kemudian gunakan berus gigi untuk berus bahagian yang kuning itu. Setelah dibiarkan beberapa minit dan anda akaan nampak kotoran mula tanggal. Cuci baju seperti biasa.

 

  1. Perahkan limau nipis pada bahagian yang terkena deodorant dan biarkan beberapa minit. Kemudian basuh dan bilas dengan sabun mandi.

 

  1. Campurkan jus lemon dan air dengan jumlah yang sama banyak. Gosokkan kesan degil. Kalau nak lebih efektif, rendam kan baju selama 10 minit, tapi kalau lagi lama lagi bagus. Lepas dah rendam boleh basuh baju seperti biasa.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin