Pes cili kering dikatakan lebih sedap kalau buat sendiri berbanding beli cili boh di kedai. Cuma memang sedikit leceh la kalau kita nak buat sendiri pes cili kering tu, kena cuci dan rebus dulu cili kering tu, baru blend dan akhirnya gunting satu stau cili kering untuk buang bijinya.
Ini adalah tips mudah untuk buang biji cili dengan menggunakan food processor!
Cili kering tidak perlu basuh, terus masukkan cili ke dalam food processor dan blend’. Bila dah kisar, bijinya akan terasing, barulah tapis, basuh dan rebus cili itu. Cara ini jauh lebih mudah daripada mengasingkan biji cili satu per satu.
Selain food processor, dikatakan food chopper juga boleh mengasingkan biji cili kering. So, kalau korang taka da food processor boleh la pakai food chopper. Cara ini sangat berkesan kerana anda tak perlukan gunting dan tak perlu nak pegang cili, tangan pun tak la pijar! Cara yang paling mudah dan jimat masa.
Lagi satu additional tips, kalau korang nak pes cili tahan lama, semasa korang blend cili tu masukkan bawang putih dalam cili kisar, sebab bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita