Semua orang tahu telur masin adalah daripada telur itik. Tapi siapa sangka telur ayam juga boleh dijadikans sebagai telur masin. Rasanya memang sama macam telur itik. Mudah je caranya, nah kami kongsikan!
Masukkan 1 kg garam kasar dan air ke dalam periuk. Masak sehingga garam larut. Kemudian padamkan api dan biarkan air garam menjadi sejuk sepenuhnya. Masukkan telur ayam gred B ke dalam bekas yang sesuai. Seterusnya tuangkan air garam tadi ke dalam bekas sehingga telur tenggelam. Tutup bekas dengan kemas dan biarkan ditempat gelap selama 14 hari. Selepas 14 hari tukar air dalam bekas dengan air biasa dan simpan di dalam peti. Bila nak makan baru keluarkan dan rebus macam biasa.
Actually petua semasa peram di telur yang gelap lebih baik kerana ia adalah untuk bagi telur kuning jadi warna yang lebih oren.
So, lepas ni tak payah dah nak beli telur itik, pakai je telur ayam dan buat sendiri jadi telur masin. Berhasil dan berkesan. Selamat mencuba!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: rasa