Britney Spears Kini Diberi Kebebasan Untuk Berbuat Apa Saja Yang Dia Mahu

Buat pertama kali selepas lebih sedekad, Britney Spears mempunyai “kuasa untuk melakukan apa sahaja yang dimahukannya”.

britney spears kini diberi kebebasan untuk berbuat apa saja yang dia mahu

Rabu lalu, peguam Britney, Matthew Rosengart, hadir bagi pihak bintang pop itu untuk perbicaraan mahkamah terkini dan selepas itu mendedahkan bahawa seorang hakim memberikan pelantun lagu “Toxic” itu kuasa untuk melaksanakan dokumen sendiri.

“Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja yang dia mahu lakukan,” kata Rosengart di luar mahkamah selepas perbicaraan ringkas, menurut Variety.

Bulan lalu, konservatori Britney selama 13 tahun telah ditamatkan.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa butiran kecil yang perlu diselesaikan.

Perbicaraanya seterusnya, yang dijadualkan pada 19 Januari akan menangani perkara berkaitan perakaunan.

Pada masa ini, John Zabel mempunyai kuasa pentadbiran yang terhad untuk melaksanakan amanah harta pusaka dan memindahkan aset ke dalamnya.

 

Sumber: [1]