Bosan Ke Kat Rumah?

Masuk seminggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerajaan, orang ramai dah mula bosan duduk rumah.

Di media sosial, sebahagian netizen dah berkali-kali kemas rumah, dah cuba semua resipi masakan, segala video tik tok dah dibuat ( betul ke?) , video-video Youtube pun dah 3 kali 'khatam' kan? Segala movie dan drama pun dah tengok jugak. Apa lagi nak buat ni? Bila boleh keluar rumah? Itulah yang menjadi persoalan mereka.

Sebahagian lagi netizen lain pula ceritanya. Mereka risau dan bimbang. Ada yang bekerja gaji hari. Bila tak bekerja, tiadalah gaji. Bila tiada gaji, macam mana dapur nak berasap? Nak beli barang di pasaraya pula ada yang dah habis. Perut keluarga perlu diisi juga kan? Tapi macam mana?

Ada satu lagi golongan yang kita selalu terlepas pandang. Golongan front liner. Mereka ini merupakan kakitangan kesihatan, anggota polis dan juga tentera. Golongan ini sanggup risikokan nyawa demi tanggungjawab, demi tugas. Demi membantu orang ramai dan negara dalam memerangi COVID-19.

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

Ada ibu risaukan anaknya yang bertugas sebagai doktor. Ada isteri bimbangkan suaminya yang bertugas sebagai tentera atau polis. Ada anak yang tidak dapat belaian ayah sebab tugasan si ayah yang berisiko dijangkiti wabak ini.

Bukan golongan front liner ini je yang berkorban. Ahli keluarga mereka juga turut berkorban demi negara. Membenarkan insan yang mereka sayang untuk bertugas walaupun dengan hati yang berat. Mereka ini juga bukannya bekerja satu shift. Terutamanya kakitangan kesihatan. Di media sosial, ada yang kerja berturut-turut sampai 16 jam! Bertungkus-lumus membantu pesakit yang dikuarantin. Ada yang tak sempat makan dan minum pun. 

Tetapi, apa guna mereka ni semua berkorban untuk keluarga dan negara kalau kita semua ingkar Perintah Larangan Berkurung ni? Tanpa sebab kita keluar rumah. Mengabaikan kebersihan diri. Ada pulak segelintir yang ada kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19 tapi tak nak jalani ujian saringan kesihatan.

Kepada yang terlalu bosan kat rumah tu, sabar lah. Sabar sikit je. Lebih baik bosan 2 minggu daripada bosan 2 bulan kat rumah kan? Bukan tak boleh mengeluh, boleh. Cuma ingatlah kepada golongan front liner ni setiap kali ada rasa nak mengeluh. 

So lepas ni, lihat keliling kita ada tak golongan front liner ni. Mesti ada kawan-kawan atau ahli keluarga yang bertugas sebagai front liner ni. Ucaplah terima kasih kepada mereka. Tunjukkan penghargaan kita kepada mereka. Maklumkan kepada mereka yang kita betul-betul berterima kasih dengan pengorbanan mereka. Kalau ada duit lebih, boleh lah belanja mereka minum.

bosan ke kat rumah

Yang paling penting, jaga kebersihan diri dan ingatlah pesanan Perdana Menteri kita iaitu #StayAtHome . 

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumahbosan ke kat rumahbosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

bosan ke kat rumah

Oleh: Karami Kamel