Billie Eilish Akan Cipta Dan Nyanyikan Lagu Untuk James Bond

billie eilish akan cipta dan nyanyikan lagu untuk james bond

Penyanyi sensasi Billie Eilish diberi tanggungjawab yang agak besar iaitu mereka dan merekod lagu tema untuk filem James Bond yang terbaru, No Time To Die.

Billie yang berusia 18 tahun itu menulis lagu untuk filem bertemakan ejen risikan itu bersama abangnya Finneas O’Connell.

Billie juga mencipta sejarah sebagai penyanyi paling muda dalam sejarah untuk menggalas tanggungjawab ini.

Sebelum ini, penyanyi yang pernah diberi peluang yang sama ialah Adele, Madonna dan Paul McCartney.

Filem James Bond yang ke-25 ini bakal menemui penonon pada April nanti. Masih mengekalkan pelakon yang sama iaitu Daniel Craig buat kali ke lima dan dikatakan yang terakhir.

Wah, tak sabarnya!

Sumber: Astro Awani