Big Stage #SandraDalamKenangan Mengusik Jiwa Mengalirkan Air Mata

big stage #sandradalamkenangan mengusik jiwa mengalirkan air mata

Semalam telah berlangsungnya konsert khas tribute kepada Sandra Dianne, seorang bintang dan juga peserta Big Stage yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga menghembusnkan nafasnya yang terakhir.

Sepanjang satu jam 30 minit, para penonton dibawa menyelusuri kenangan-kenangan bersama Allahyarhamah Sandra. Rakan-rakan seperjuangan Sandra telah berkongsi cerita dan momen-momen terindah saat figura itu masih ada.

Selain itu, juri jemputan iaitu Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir serta beberapa peserta Big Stage telah melakukan persembahan tribute kepada rakan mereka.

Antara bahagian yang paling menyentuh perasaan apabila Qody berkongsi cerita saat sahabat-sahabt Sandra menyatakan bahawa Sandra menggelarkannya sebagai seorang rakan baik. Ketika berkongsi cerita, Qody tidak dapat menahan air mata dan para penonton turut sebak dengan perkongsian tersebut.

Selain itu, persembahan Neeta yang menyanyikan lagu baru Sandra juga membuatkan penonton serta pengacara Big Stage, Alif Satar dan Sherry Alhadah mengalirkan air mata.

Jadi, hargailah seseorang selagi mereka masih ada. Dalam masa itu, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Sandra Dianne.