Berkebun Gaya Urban, Penduduk Manila Kini Boleh Bercucuk Tanam Dalam Kekotak

Penghuni bandar Manila, Filipina kini boleh merealisasikan hasrat mereka untuk bergelar pekebun bandar.

berkebun gaya urban, penduduk manila kini boleh bercucuk tanam dalam kekotak

Baru-baru ini, Jabatan Pertanian Filipina telah melancarkan Pusat Pembelajaran Urban Agri Hydro Hub.

Menurut Setiausaha Pertanian, William Dar, pusat itu bertujuan untuk membantu penduduk bandar tersebut melanjutkan penghargaan mereka terhadap pertanian dan menerapkan gaya hidup sihat menerusi penglibatan dalam pertanian urban.

Beliau turut menambah yang kemudahan tersebut bertujuan mengatasi kekurangan makanan di bandar selain menyediakan tanaman bernilai tinggi di kawasan bandar.

“Pelancaran ini berfungsi sebagai langkah pertama kami dalam mencapai tujuan kami. Hari ini, kami menubuhkan kemudahan penyelidikan dan latihan hidroponik pertanian bandar pertama di negara kami (Filipina) bagi mengatasi kekurangan makanan dan melegakan kelaparan di Filipina,” kata Dar dalam satu ucapan yang disampaikannya.

Inisiatif tersebut merupakan kerjasama antara Jabatan Pertanian Ahli Pertanian Filipina, Institut Biologi Universiti Diliman Filipina dan syarikat pertanian bandar The Freshest.

 

Sumber: [1]