Benzema Cipta Rekod Saingan Liga Juara-Juara

benzema cipta rekod saingan liga juara-juara

Karim Benzema muncul pemain pertama untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara untuk 17 musim berturut-turut! Penyerang itu menjaringkan 1 gol menerusi sepakan penalti ketika berdepan kelab Moldova, FC Sheriff Tiraspol.

benzema cipta rekod saingan liga juara-juara

Gol tersebut juga merupakan gol ke-72 peribadi Benzema dalam kejohanan itu. Dia kini menduduki tangga ke-4 senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara mengatasi bekas rakan sepasukannya, Raul yang miliki 71 gol. Mengungguli senarai tersebut ialah seorang lagi bekas rakan sepasukan Benzema iaitu Cristiano Ronaldo dengan 135 gol, diikuti Lionel Messi dengan dan Robert Lewandowski. Kira power dah la Benzema ni berjaya kalahkan rekod Raul.

benzema cipta rekod saingan liga juara-juara

Sayangnya, pencapaian Benzema ini dibayangi dengan keputusan perlawanan tersebut. Real Madrid sebenarnya tewas 1-2 kepada FC Sheriff ni. Hahaha. Kelab Moldova ni membuat penampilan pertama mereka dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan pada perlawanan kedua, selamba je mereka tumbangkan Real Madrid di Santiago Bernabeu. Bukan itu je, gol kemenangan FC Sheriff hadir pada minit ke-89 hasil jaringan cantik Sebastien Thill!

Bukan setakat kalah je, rekod menjaringkan gol untuk 17 musim berturut-turut Benzema pun dibayangi insan yang diberi nama Lionel Messi. Messi menyamai rekod Benzema apabila menjaringkan gol ketika berdepan Manchester City. Gol tersebut juga merupakan gol pertama Messi bersama PSG. Kesian Benzema. Messi ni pun, score la perlawanan akan datang. Ni Benzema dah buat rekod, dia bersibuk nak jaringkan gol jugak. Oh, Cristiano Ronaldo pun turut menyamai rekod Benzema ni. Gol Ronaldo ni lagi dramatik. Dia jaringkan gol pada waktu kecederaan di Old Trafford untuk bantu Manchester United tumpaskan Villareal 2-1.

Bertabah la Benzema. Dah la kalah, cipta rekod pun orang tak bercakap sangat. Hmm.

 

Oleh: Karami Kamel