Bentong, Kuantan, Jasin, Taiping Dan Yan Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

bentong, kuantan, jasin, taiping dan yan antara bandar paling bahagia di malaysia

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa telah menjalankan kajian dan menerbitkan keputusan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 bersempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020 pada 20 Mac setiap tahun.

Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandaraya Kuala Terengganu dan Seremban telah dinobatkan antara bandar paling bahagia di Malaysia. Selain itu, bandar Bentong, Kuantan, Jasin, Kulai, Taiping, Jeli dan Yan juga turut berada di dalam senarai itu.

Pengiktiradan ini merupakan kesinambugan kepada Anugerah Bandar Mampan 2019 yang telah diisytiharkan pada November tahun lepas ketika Sambutan Hari Percangan Bandar Sedunia 2019 oleh PLANMalaysia.

Menurut Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk Mohd Anuar Maidin berkata, peratusan paras kebahagiaan negara kita mencapai 80.4 peratus secara keseluruhan.

Sumber: Sinar Harian