Gara-gara pengurusan asrama yang gagal, sekumpulan pelajar di Universiti Howard, Amerika Syarikat menunjuk perasaan dengan cara tidur beramai-ramai di kawasan lapang sekitar kawasan kampus universiti tersebut.
Kejadian tersebut berlaku berikut ramai pelajar yang mengadu terdapat tikus, lipas, kulat dan cendawan di bilik mereka.
Sebagai tambahan, mereka turut mengatakan semua aduan yang dibuat kepada pihak pentadbir sama sekali tidak diendahkan sehingga ada yang juga mendakwa akan diancam dengan tindakan tatatertib berikutan bantahan mereka itu.
Tuduhan yang dibuat itu termasuk kulat yang dikatakan merebak sehingga ke kasut dan pakaian mereka selain cendawan yang dikesan di bawah sinki dan paip akibat tidak diselenggara dengan baik.
Berikutan itu, ramai pelajar bertekad menunjukkan tanda bantahan mereka terhadap situasi tersebut dengan memasang khemah untuk bermalam di perkarangan kampus.
Perkara tersebut turut tular di sekitar media sosial yang mana komen seorang pengguna, “Saya pergi ke Universiti Howard yang mana kos kehadiran ialah AS$48,000 (RM198,768) setahun dan apabila saya meminta saya dibentangkan dengan rancangan untuk memastikan saya dapat menjalani kehidupan yang selamat dan sihat di sini, supaya saya boleh berjaya di universiti yang saya laburkan begitu banyak masa dan wang...mereka menyuruh saya mendapatkan peguam,” luah seorang pengguna Twitter yang juga merupakan pelajar di universiti tersebut.
Menurut sumber, presiden kampus tersebut dikatakan telah bertemu dengan ketua pelajar yang mana senarai cadangan tuntutan daripada para pelajar telah dibincangkan.
Sumber: [1]