Bekas Ahli Super Junior, Kim Kibum Bakal Kembali Aktif Sebagai Pelakon

Bekas ahli Super Junior, Kim Kibum dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan sebuah agensi bernama PA Entertainment.

bekas ahli super junior, kim kibum bakal kembali aktif sebagai pelakon

Berita tersebut disahkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PA Entertainment pada 13 Januari lalu yang mana kata mereka, “Kami bercadang untuk menyokong penuh Kim Kibum supaya dia boleh aktif menjalankan lebih banyak aktiviti lakonan. Semoga anda semua dapat memberikannya banyak perhatian dan sokongan.”

PA Entertainment juga merupakan ‘rumah’ kepada bekas ahli TRAX Jung Mo, Bae Ki Sung, Park Si Hwan, Novasonic, Emerald Castle dan Kim Jung Nam dari Turbo.

Kim Kibum mula mendapat perhatian apabila dia muncul dalam drama Sharp 2 pada 2005 sebelum membuat penampilan pertamanya dengan Super Junior pada tahun sama.

Sejak memutuskan untuk memberi fokus sepenuhnya pada bidang lakonan sekitar 2010, Kim Kibum telah muncul dalam pelbagai drama seperti Deep Rooted Tree, I Love Tae Ri dan banyak lagi.

 

Sumber: [1]