Bandar Di India Ini Dilarang Jual Makanan Bukan Vegetarian

Empat pertubuhan sivik telah mencetuskan kontroversi apabila mereka melarang penjualan makanan bukan vegetarian di tepi-tepi jalan di Gujarat, barat India.

bandar di india ini dilarang jual makanan bukan vegetarian

Susulan itu, terdapat beberapa pihak yang mengkritik larangan tersebut dengan alasan ia boleh menjejaskan kehidupan penduduk miskin serta bertentangan dengan hak rakyat untuk memakan apa jua makanan pilihan mereka.

Selasa lalu, Perbadanan Perbandaran Ahmedabad mengalihkan gerai menjual makanan bukan vegetarian dari jalan-jalan utama di bandar itu.

Sebelum itu, pertubuhan sivik terbabit pernah mengarahkan pekedai menutup makanan bukan vegetarian atau bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.

Mereka turut mendakwa bahawa asap yang keluar dari gerai-gerai itu boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Jamiat Ulama-i- Hind, Hakimuddin Qasmi mengatakan presiden BJP negeri telah menyatakan tiada keputusan sedemikian dibuat untuk melarang penjualan makanan bukan vegetarian.

“Perlembagaan India memberi kita hak untuk menikmati apa jua makanan yang menjadi pilihan kita dan tiada siapa yang boleh menghalang sesiapa daripada makan apa yang mereka mahu,” katanya.

 

Sumber: [1]