Bale Macam Sirih Pulang Ke Gagang?

bale macam sirih pulang ke gagang?

Dah bertahun cerita Gareth Bale ni tak 'bahagia' di Real Madrid. Dan dah bertahun jugak lah cerita Bale nak berpisah dengan Real tapi tetap tak berpisah.

Tapi mungkin tahun ni jadi kenyataan lah apa yang Bale mahukan.

Sebabnya, khabar angin tengah bertiup kencang bak monsun timur laut yang mengatakan Gareth Bale hampir pasti kembali sertai Tottenham!

Haa, media England melaporkan penyerang Real itu akan sertai kelab lamanya selama setahun secara pinjaman.

Dikatakan jugak, Tottenham sanggup bayar gaji Bale sepenuhnya sepanjang setahun ni. Ada la dalam 13 juta pound. Lain macam Tottenham ni.

bale macam sirih pulang ke gagang?

Punca Bale nak tinggalkan Real sebab dia tak dapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan itu. Pengendali Real, Zinedine Zidane pulak mungkin tak berapa berkenan dengan Bale ni.

Panjang cerita si Bale ni kalau nak diceritakan dari A sampai Z. Cukuplah korang tahu yang dia nak main, tapi Zidane tak nak.

Kalau korang nak tahu, nama Gareth Bale mula jadi sebutan masa dia main dengan Tottenham.

Ada satu perlawanan Liga Juara-Juara tu, Bale jaringkan hatrik lawan Inter Milan di San Siro. Tapi Tottenham kalah jugak perlawanan tu 4-3.

Bila nama dia dah naik, terus Real Madrid beli dia dengan harga lebih 85 juta pound.

bale macam sirih pulang ke gagang?

Berbalik kepada cerita Bale nak sertai semula Tottenham, dijangkakan yang kelab London itu akan mengumumkan secara rasmi yang Bale akan beraksi untuk mereka.

Ye ye je Tottenham ni. Jangan tak jadi sudah!

Oleh : Karami Kamel