Wabak Koronavirus kini dikenali dengan nama iaitu Covid-2019. Nama rasmi itu diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO,nama itu diberi berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO).
Tambahnya, nama itu juga tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu haiwan atau mana-mana kumpulan budaya. Nama itu juga mudah untuk disebut. Dengan adanya nama rasmi adalah penting bagi mengelakkan penggunaan nama lain dan timbulnya stigma.Ia juga memberi format standard untuk digunakan pada masa akan datang.
Setakat ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 1,112 nyawa dengan 44,793 orang dilaporkan terjejas dan 4,463 lagi telah pulih.
Tedros juga menyarankan, agar seluruh dunia terus melakukan langkah-langkah pencegahan wabak ini.
Sehubungan itu, Astro Radio dengan kerjasama Prudential telah mengambil inisiatif dengan memberikan 2,200 pek perlindungan kepada orang ramai disekitar Lembah Klang.
Pengagihan pek ini bermula 10 hingga 20 Februari dan lokasi pengagihan seterusnya adalah seperti berikut:
Pasar Borong Seri Kembangan
Petronas Taman Rakan, Cheras
Pusat Penjaja DBKL, Jalan Jejaka Taman Maluri
Petronas Penjaja DBKL, Jalan Jejaka Taman Maluri
Kasturi Walk Central Market
*Lokasi seterusnya akan dikemaskini.
Pek juga hanya terhad kepada 50 yang terawal disetiap lokasi.