Apa korang buat dengan minyak masak yang dah digunakan? Buang dalam sinki atau lubang tandas?
Haa kalau korang ada buat macam ni, seeloknya berhentilah. Selain membuatkan kawasan persekitaran berminyak benda ni juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Cara terbaik untuk buang minyak masak adalah dengan cara kitar semula minyak yang sudah diguakan.
Ramai yang tidak tahu tentang cara pengurusan minyak masak terpakai seperti di restoran dan di rumah. Sebenarnya, minyak masak ni boleh dikitar semula. Jadi, tanggungjawab korang mudah je. Ikut langkah-langkah ni:
- Lepas gunakan minyak, biar ianya sejuk dan tuang ke dalam botol minyak yang kosong.
- Letak kan minyak terpakai dalam botol dengan menggunakan corong supaya ia tidak melimpah keluar.
- Kumpul sampai penuh dan jangan lupa seal kemas kemas.
- Bila minyak dh banyak boleh hantar ke mana mana pusat kitar semula minyak masak. Fyi syarikat mengusahakan green energy akan beli minyak yang terpakai untuk untuk menghasilkan produk lain seperti sabun dan sebagainya.
Minyak masak yang dikitar semula akan ditapis dan di proses. Ingat tau jangan buang minyak masak ke dalam sinki, lubang tandas ataupun longkang belakang rumah, ini boleh menyebabkan saluran tersumbat dan dan mencemarkan alam sekitar. Jom sama sama kita kitar semula minyak yang terpakai. Lets save the world J
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita