Apa Dah Jadi Liverpool?

apa dah jadi liverpool?

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Liverpool bergelut dengan prestasi. Ia ekoran kekalahan 0-1 kepada Southampton pada aksi EPL terakhir mereka. Danny Ings jadi duri dalam daging untuk Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan seawal minit ke-2 untuk menghadiahkan kekalahan kedua musim ini kepada bekas pasukannya itu. Keputusan itu juga menyaksikan The Reds kemarau kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Kemenangan terakhir Liverpool adalah membelasah Crystal Palace 7-0 pertengahan Disember lalu.

Namun selepas perlawanan tersebut, Jurgen Klopp dilihat sedikit kecewa dengan mutu pengadil perlawanan. Pengendali The Reds itu mendakwa pasukannya wajar diberikan sepakan penalti pada babak kedua perlawanan apabila Sadio Mane dijatuhkan dalam kotak penalti Southampton.

apa dah jadi liverpool?

Klopp turut menjelaskan jumlah sepakan penalti yang diberikan kepada Liverpool dalam tempoh 5 tahun ini kurang berbanding dengan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Manchester United dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini. Mungkin sebab ni lah Liverpool tak dapat penalti kot ketika Mane dijatuhkan.

apa dah jadi liverpool?

Pengurus kelahiran Jerman itu bagaimanapun menghormati keputusan pengadil dan mengakui anak buahnya perlu tingkatkan prestasi untuk perlawanan akan datang. Klopp tegaskan ini merupakan fokus utamanya jika ingin mempertahankan gelaran liga yang dimenangi tahun lalu.

apa dah jadi liverpool?

Liverpool kekal di persada liga mengatasi pencabar terdekat, Manchester United dengan perbezaan jaringan. Namun United berupaya untuk memintas The Reds sekiranya berjaya elak kekalahan apabila berdepan Burnley pada 13 Januari nanti.

Jadi, penyokong Liverpool janganlah cemas sangat. Walaupun kalah tapi tetap top of the table kan? Prestasi buruk sebegini sememangnya lumrah mana-mana pasukan. Agak-agak kalau tak tahan kena troll, keluarkanlah pedang “6 UCL” tu, nescaya penyokong pasukan lain akan diam membisu.

apa dah jadi liverpool?

Oleh: Karami Kamel