Ketika berlangsungnya konsert tribute Big Stage #SandraDalamKenangan, salah seorang tenaga pengajar, Cikgu Shafi telah berkongsi salah satu luahan Sandra ketika bersama dengannya.
Menurut Cikgu Shafi salah satu yang membelenggu Sandra pada saat-saat akhir adalah orang yang sering melemparkan kata-kata kurang enak dengannya. Ketika ditanya oleh Alif Satar akan perkongsian Sandra bersama Cikgu Shafie ini yang dikongsikan oleh beliau,
“Cikgu saya ada haters, saya tak pernah ada haters. Kenapa ya?” Cerita Cikgu Shafi
Sebagai seorang guru, Cikgu Shafi memotivaskan Sandra dan berkata,
“Kamu kena pastikan kamu ada haters baru kamu ada orang yang suka kan kamu.”
Ketahuilah bahawa kata-kata buruk kita sebenarnya sangat mempengaruhi orang lain. Jadi, sekiranya anda tidak mempunyai perkara baik untuk berkata-kata, jangan ungkapkan kata-kata buruk. Kita tidak tahu apa kesan terburuk seseorang itu apabila mendengar kata-kata buruk yang terbit daripada kita.
Ambil kisah Sandra ini dan jadikan pengajara buat kita semua.