Amar Asyraf Terharu Zizan Razak Sanggup Borong Bundle RM500, Mohon Disedekahkan Pada Orang Ramai

Pelakon filem Perempuan Lindungan Kaabah, iaitu Amar Asyraf akui bahawa dirinya tersentuh apabila Zizan Razak membantu borong barangan bundle miliknya.

amar asyraf terharu zizan razak sanggup borong bundle rm500, mohon disedekahkan pada orang ramai

Ketika berlangsungnya siaran dalam talian itu, Zizan yang muncul secara spontan dalamnya mengejutkan Amar dengan berkata, “Saya nak belilah. Saya tak kisah, saya nak beli dalam RM500 kemudian awak sedekah la dekat sesiapa.”

“Nanti awak DM saya, saya bagi nombor telefon saya lepas tu awak bagi nombor akaun. Kemudian awak sedekahlah dekat sesiapa,” kata Zizan lagi.

Menerusi satu entri di Instagram yang dimuat naik di akaun peribadi selepas dia selesai melakukan jualan bundle dalam talian, coret Amar, “Allahuakhbar. Hari ni Allah hantar Zizan Razak untuk saya. Kemudian Johan As’ari tolong saya. Tadi saya nampak seorang lagi saudara saya, Zahiril Adzim juga.

“Kalau ada rakan-rakan terdekat saya tak perasan tadi, saya minta maaf. Terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan, Allah sahaja yang dapat balas.”

“Saya ni amal tak banyak. Alhamdulillah, Allah kabul doa saya semalam.”

Lanjutnya, “Assalamualaikum. Terima kasih semua tuan puan yang mulia.”

 

Sumber: [1]