Aksi Paul Pogba Layan Omar & Hana Curi Perhatian Ramai!

Siri animasi kanak-kanak, Omar & Hana sememangnya telah mencetuskan fenomena dan sejarahnya yang tersendiri menerusi corak penceritaan yang ringkas serta mudah difahami.

aksi paul pogba layan omar & hana curi perhatian ramai!

Tetapi, pada masa sama, Omar & Hana yang ditayangkan di Astro turut mendapat perhatian golongan dewasa segenap pelosok dunia.

Turut tidak terkecuali, daripada menonton siri tersebut ialah pemain bola sepak ternama dunia iaitu Paul Pogba yanbg merupakan sebahagain daripada Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Menerusi satu entri di akaun Instagram peribadinya, Paul Pogba berkongsi foto dirnya berdiri di depan televisyen sambil memegang alat kawalan jauh dan menonton siri animasi tersebut.

Coretnya dalam Bahasa Perancis, “Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah.”

Sejak dimuat naik, hantaran tersebut telah menerima lebih 800,000 tanda suka dalam kalangan 48.1 juta pengikut di Instagram miliknya.

Ramai turut menyatakan keterujaan mereka apabila melihat pemain bola sepak masyhur itu menonton siri animasi tempatan itu.

Omar & Hana merupakan siri animasi keluar syarikat produksi anak jati, iaitu Digital Durian yang juga merupakan siri animasi Islamik kanak-kanak nombor satu yang berlandaskan syariah dengan menggunakan pendekatan kontemporari.

Juga diselitkan dengan unsur-unsur nyanyian, Omar & Hana telah ditayangkan di 50 buah negara di serata dunia dan merekod tontonan sehingga 3.2 bilion orang.

 

 

 

Sumber: Instagram