Akibat Tengok Gajet Melampau, Kanak-Kanak Ada Masalah Penglihatan Seawal Tujuh Tahun

akibat tengok gajet melamapui, kanak-kanak ada masalah penglihatan seawal tujuh tahun

Persatuan Optometris Malaysia (AMO) telah menerima rundingan daripada 30 peratus kanak-kanak berkenaan masalah penglihatan. Jumlah itu mewakili dua juta kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Menurut Presiden persatuan tersebut, Ahmad Fadhullah Ahmad Fauzi, pihak mereka menerima banyak rujukan daripada ibu bapa bagi masalah rabun. Beliau turut menyatakan, masalah itu melibatkan kanak-kanak seawal tujuh tahun di mana mereka berhadapan dengan masalah mata sama ada rabun mahupun ketidakselesaan pada mata.

Beliau berkata, menurut kajian yang dibuat berkenaan penggunaan gajet, hanya dua jam untuk seminggu sahaja yang dibolehkan untuk melihat skrin. Jika lebih maka akan memberi kesan kepada otot mata seperti menjadi kejang.  

"Saya dapati mereka banyak di rumah, banyak melihat gajet secara dekat dan membaca dalam keadaan berbaring menyebabkan gangguan pada mata.

"Ibu bapa juga mendapati berlaku perubahan kepada anak mereka yang mula mengecilkan mata untuk melihat dengan jelas," katanya.

Melihat kepada perkara ini, beliau merasakan perlu untuk pihaknya memberi nasihat kepada semua pihak tetang penjagaan mata sepanjang COVID-19.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihaknya, antara punca terjadinya masalah penglihatan ini apabila postur atau kedudukan badan tidak betul membuatkan pencahayaan tidak sesuai ketika membaca.

"Apabila kita membaca, mata akan lebih tertumpu dan bila gelap, mata kita akan menerima cahaya lebih banyak. Jika berlarutan dalam tempoh yang lama, ia akan menyebabkan rabun.

"Selain itu, pemeriksaan rutin mata perlu dilakukan setahun sekali untuk mengetahui tahap kerabunan sama ada meningkat terlalu tinggi atau sebaliknya.

"Ada pelbagai kaedah penyelesaian termasuk menggunakan teknologi terkini, bukan hanya pemeriksaan seperti yang biasa dilakukan," katanya.

Jadi, belia meminta dan menasihatkan orang ramai agar pergi mendapatkan khidmat daripada optometris yang bertauliah.

Sumber: Harian Metro