Sebilangan ahli arkeologi berjaya menemui sebuah kota yang hilang selama 3,000 tahun di Luxor, bahagian selatan Mesir.
Penemuan tersebut disifatkan antara yang terbesar dalam sejarah.
Menerusi satu entri yang dimuat naik di Facebook oleh seorang ahli arkeologi, Zahi Hawass, beliau menyebut wilayah bernama Aten itu sebagai ‘kota terbesar yang pernah ditemukan’ di Mesir ketika zamannya.
Hawassa menggelar Aten sebagai ‘Kota Emas Yang Hilang’.
“Kota Hilang ini adalah penemuan arkeologi terpenting kedua sejak makam Tuntankhamun,” ujar Betsy Brian, seorang ilmuwan sejarah Mesir di Universitas John Hopkins dalam pernyataan yang sama. Beliau turut menambah, penemuan tersebut memberi gambaran yang jarang ditemui mengenai kehidupan orang Mesir Kuno di zaman kejayaan Empayar.
Dalam pada itu, pakar sejarah berpendapat bahawa Aten mula didirikan ketika zaman pemerintahan Firaun Amenhotep III yang memimpin Mesir dari 1391-1352 SM.
Teori tersebut turut diperkuatkan lagi dengan penemuan barang-barang ukiran seperti cincin dan bekas yang mempunyai mohor Amenhotep III yang ditemui di sekitar wilayah penggalian.
Sumber mendapati bahawa Aten bertukar menjadi terbengkalai pada zaman pemerintahan Akhenaten, putra Amenhotep III yang memindahkan lokasi ibu kota ke Amarna yang terletak ratusan kilometer jatuh di sebelah utara.
Penemuan Aten sekali gus dapat membuka kembali sejarah berkenaannya selain memperjelas masa lalu dan penyebab keruntuhannya.
Masih banyak misteri yang belum terungkap daripada “Kota Emas Yang Hilang” ini.
Namun begitu, penggaliannya dikatakan terus berlanjutan demi meneliti kembali sejarah mengenai kewujudan kota tersebut.
Sumber: [1]