Berikutan kontroversi Britney Spears yang menuntut kebebasan daripada ‘cengkaman’ bapanya sendiri, salah seorang anggota Backstreet Boys, iaitu AJ McLean turut menyatakan kesedihannya melihat rakan seperjuangannya dalam industri terpaksa melalui pergelutan sebegitu.
Menerusi rancangan SiriusXM’s Andy Cohen Live yang disiarkan baru-baru ini, AJ mendedahkan pandangannya mengenai situasi tersebut.
Kongsi AJ, dia dan Britney tinggal di kawasan kejiranan yang sama dan berkunjung di pusat membeli-belah yang sama. Lanjut AJ lagi, dia sering terserempak dengan Britney di sebuah kedai kek cawan yang gemar dikunjungi mereka.
“Kali terakhir saya melihatnya, ia menghancurkan hati saya. Kali terakhir saya melihatnya, dia bersama seorang lelaki,” kata AJ.
“Saya rasa itu pengawal keselamatan, atau mungkin, pemandu, kerana saya tahu berdasarkan kata-katanya, yang saya percaya 100 peratus, anda tahu, dia tidak dibenarkan memandu sendiri,” tambahnya.
Kata AJ lagi, ketika pertemuan mereka itu, Britney sepertinya tidak mengecam rakan yang pernah bekerjasama rapat dengannya sepanjang berada dalam industri muzik itu.
“Masuk sana (kedai tersebut), dia ada di sana, dia memandang ke arah saya dan saya seperti ‘Hey, ini AJ’. Dan wajahnya seakan berkaca,” ujar AJ.
“Sepertinya, dia tidak tahu siapa yang berada di situ. Ambil masa satu minit. Dan kemudian dia menyedari bahawa itu adalah saya dan kami, kami berpelukan dan kami berbual sebentar, tetapi aku dapat melihatnya, ini, ini bukan dia. Saya berasa seolah-olah saya bukan melihat seseorang yang telah saya kenali sejak bertahun-tahun lalu.
“Dan untuk itu, pada pandangan saya, berkemungkinan mereka menyimpannya atau apa jua yang mereka boleh mengambil daripadanya, yang mana ia merunsingkan. Ia, ia tidak adil. Dan saya tidak rasa itu merupakan satu perbuatan yang betul. Jadi sekali lagi, Free Britney (Bebaskan Britney), itulah dia.”
Kedua-dua Britney Spears dan Backstreet Boys merupakan sekumpulan rakan seperjuangan seindustri yang dekat antara sama lain kerana memulakan kerjaya mereka sekitar tahun yang sama iaitu sekitar akhir tahun 90-an.
Sumber: [1]