50 Juta Nyamuk Aedes Berwolbachia Dilepaskan Ke 28 Kawasan Seluruh Malaysia

Bagi mengawal jumlah peningkatan kes demam denggi di negara ini, nyamuk aedes berwolbachia akan dilepas secara berperingkat menerusi Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia, khususnya di 28 lokaliti di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor.

50 juta nyamuk aedes berwolbachia dilepaskan ke 28 kawasan seluruh malaysia

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, setakat ini lokaliti pelepasan di Selangor adalah yang terbanyak, diikuti Kuala Lumpur.

 

“Pelepasan berterusan akan dilakukan untuk lokaliti sedia ada mengikut jadual ditentukan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang memilih lokaliti baharu untuk pelepasan seterusnya,” katanya.

50 juta nyamuk aedes berwolbachia dilepaskan ke 28 kawasan seluruh malaysia

Tambah beliau, aktiviti pembersihan persekitaran adalah penting memandangkan demam denggi masih menjadi ancaman kesihatan awam di rantau ini termasuk di Malaysia.

 

“Sejak Januari hingga 12 Ogos lepas, KKM melaporkan 73,680 kes berbanding 33,911 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan 117 peratus. Bagi kes kematian pula, 53 kes dilaporkan berbanding 22 kes pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 141 peratus.

 

“Justeru dengan aktivit gotong sebegini, kita akan dapat menghapuskan tempat pembiakan Aedes sebagai usaha mengekang kejadian demam denggi yang boleh menyebabkan kematian,” katanya.

50 juta nyamuk aedes berwolbachia dilepaskan ke 28 kawasan seluruh malaysia

Bakteria Wolbachia secara semulajadi terdapat dalam kira-kira 50% spesies serangga, termasuk nyamuk, lalat buah, dan kupu-kupu. Ia selamat bagi manusia dan alam sekitar, dengan penilaian risiko yang mengesahkan risiko minima dari pelepasan nyamuk Wolbachia. Bakteria ini berada di dalam sel-serangga dan diwarisi dari generasi ke generasi melalui telur.

 

Sumber: Bernama