Anak Ada ‘Separation Anxiety’? Cuba Ikut 5 Teknik Ini

Tugas sebagai ibu bapa ini memang satu tugas yang amat berat. Kadang kala tu, boleh mencabar emosi bila anak asyik nak melekat je dengan ibu bapa sampaikan tak boleh nak berpisah langsung kan?

Walaupun ibu bapa hilang sekejap sahaja pun, anak itu boleh meraung menangis tidak henti. Nampak je ibu atau ayah dia nak pergi tempat lain, mula lah anak itu akan menangis atau merenget. 

Haa ini lah yang dipanggil ‘separation anxiety’ antara anak dan ibu bapa. Hal ini kerana si kecil sudah mula mengenal kehadiran ibunya. 

anak ada ‘separation anxiety’? cuba ikut 5 teknik ini

Menurut perkongsian Dr  Ahmad Luqman Bukhari di lama akaun Facebook miliknya, sebenarnya ada teknik yang boleh ibu bapa gunakan untuk melatih anak-anak yang mempunyai ‘Separation Anxiety’’ ni. 

“Perkara ini biasa sahaja sebenarnya dan selalu berlaku kat anak kita yang dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 2 tahun setengah.

“Masa tu dia belum berapa faham lagi pasal 'Object Permanence' ni. Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya!

anak ada ‘separation anxiety’? cuba ikut 5 teknik ini

Sebab itu ibu bapa semua wajib tahu 5 teknik untuk atasi masalah “Separation Anxiety” supaya ibu bapa tak stress nanti bila fasa ni berlaku kat anak kita sendiri.

  1. Biasakan bercakap dengan anak bila nak ke mana-mana

Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama.

Mula-mula si kecil tu tak faham tapi lama-lama, nanti sikit-sikit dia akan mula faham ke mana kita nak pergi.

  1. Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin.

Bila dia mendekat nak mintak kita dukung, masa tu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia. Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia duk ingat yang kita tengah main dengan dia.

 

  1. Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak

Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap.

Bila kita praktikkan macam ni, si kecil tu akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia tak kan mungkir janji.

 

  1. Ada anak yang jadi kacau bilau macam ni masa nak tinggalkan kat pengasuh.

Make sure sebelum serahkan anak kita tu, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia.

Mana yang lapar berilah makan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.

 

  1. Akhir sekali, kena keraskan hati kita ni sikit kalau si kecil tu nak minta dukung. Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan.

Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap.

Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak kita tu. Lama-lama nanti si kecil tu akan tahu yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.

 

Jadi ibu bapa, anda dah tak perlu risau tentang perkara ini, selamat mencuba!

Sumber: Facebook @Ahmad Luqman Bukhari