Membimbangkan, 42 Peratus Dari 600,000 Pekerja di Malaysia Alami Obesiti

Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang serius di dalam masyarakat masa kini.

membimbangkan, 42 peratus dari 600,000 pekerja di malaysia alami obesiti

Berat badan yang berlebihan boleh membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan yang membimbangkan. Faktor gaya hidup yang tidak sihat seperti pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya aktiviti fizikal menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kadar obesiti dalam kalangan penduduk.

 

Menerusi tinjauan yang dibuat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sebanyak 42 peratus daripada 600,000 pekerja yang menjalani saringan kesihatan pada tahun lalu dikenalpasti mengalami masalah obesiti.

 

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud yang turut menambah sebanyak 14.1 peratus daripada jumlah itu menghidap kencing manis manakala 27.9 peratus mempunyai masalah darah tinggi.

membimbangkan, 42 peratus dari 600,000 pekerja di malaysia alami obesiti

Tambah lagi, 61.2 peratus daripadanya mempunyai masalah kolestrol tinggi, yang mana boleh menyebabkan pengumpulan lemak dalam saluran darah yang akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

 

Perkeso dalam pada itu turut memperkenalkan program Saringan Kesihatan Perkeso (HSP) 3.0 yang ditawarkan secara percuma kepada pekerja berumur 40 hingga 59 tahun meliputi parameter saringan yang lebih komprehensif.

membimbangkan, 42 peratus dari 600,000 pekerja di malaysia alami obesiti

Ia termasuk saringan kesihatan mental, ujian komposisi darah merah, saringan kencing manis melalui ujian HbA1c, ujian tahap kolestrol, ujan fungsi hati dan buah pinggang, serta ujian kanser dalam darah.

 

Bagi pekerja wanita, saringan kesihatan termasuk kanser payudara serta kanser pangkal rahim dan lebih 2.2 juta pekerja dianggarkan layak untuk menjalani saringan kesihatan HSP tahun ini.

 

Sumber: Kosmo!