Yoga mempunyai kelebihan tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ini kerana yoga dengan tersendirinya merupakan satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan secara fizikal dan mental. Namun tetapi banyak salah tanggapan tentang yoga. Jom kita tengok perkara yang tidak benar tentang yoga:
- Yoga adalah hanya untuk wanita
Yoga bukan saja untuk kaum wanita, lelaki juga boleh melakukan aktiviti ini dan sangat baik untuk fleksibiliti badan manusia.
- Yoga hanya sesuai untuk orang yang fleksibil
Orang yang tidak memiliki kelenturan badan yang baik dinasihatkan untuk melakukan aktiviti ini. Practise makes perfect. Dari badan sekeras kayu boleh dapatkan badan yang fleksibil.
- Yoga adalah senaman tegangan sahaja
Yoga bukan senaman untuk ketegangan sahaja malah sangat bagus untuk fizikal dan mental.
Yoga sebenarnya memberikan banyak kebaikan untuk mengekalkan kecantikan luar dan dalam tubuh badan kita. Meningkatkan imuniti badan, dapat mengurangkan migrain dan juga memberikan kita tidur yang lena.
Amalkan yoga setiap hari untuk memiliki badan yang sihat dan cantik.
Sumber: Wellnessliving
Oleh: Khalie Azmi