27 Jam Perjalanan Atas Jalan Balik Kelantan Sambut Aidiladha

Sempena dengan sambutan Aidiladha baru-baru ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikannya bersama ibu bapa dan sanak saudara.

 

Yang pastinya, kesesakan jalan raya adalah perkara yang tidak asing lagi ketika musim perayaan seperti ini.

“jalan jem teruk tapi depan tu tiada accident pun?” ini punca kenapa ia terjadi

Itu yang dihadapi seorang wanita ini apabila terpaksa menempuh perjalanan selama 27 jam atas jalan raya menuju ke kampung halaman suaminya di Kelantan.

27 jam perjalanan atas jalan balik kelantan sambut aidiladha

Menerusi video di Tiktok, wanita itu bertolak dari kediamannya kira-kira jam 11 malam pada Selasa lalu dan tiba di Kelantan pada jam 2 pagi hari Khamis.

 

“Macam manalah orang Kelantan tabah dalam menghadap semua ini?

“Alhamdulillah sampai rumah mertua setelah 27 jam dalam kereta,” katanya.

 

@norhasikinhashim Mcm mana laa orang kelantan tabah dalam mengadap semua ni🥲 . Alhamdullilah smpai rumah mertua setelah 27jam atas kereta🥲🥹#rayakelantan2023 #rayaaidiladha2023 #fyp ♬ original sound - IJAT

 

Video yang tular itu mendapat perhatian ramai warganet, khususnya dari negeri di Pantai Timur. Rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman menghabiskan masa berjam-jam lamanya atas jalan raya setiap kali pulang ke kampung semasa musim perayaan.

27 jam perjalanan atas jalan balik kelantan sambut aidiladha

Dalam satu hantaran berbeza, seorang wanita berkongsi tips untuk mengelakkan jem ketika balik ke Kelantan, iaitu dengan mengikut jalan negara jiran, Thailand.

nak elak jalan jem, wanita ini balik kelantan ikut jalan thailand

Baca: Nak Elak Jalan Jem, Wanita Ini Balik Kelantan Ikut Jalan Thailand

 

Sumber: Tiktok