Golongan 15 Hingga 25 Tahun Penyumbang Tertinggi Kemalangan di Malaysia

Satu statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati golongan muda berusia 15 hingga 25 tahun menjadi penyumbang tertinggi bagi kes kemalangan di negara ini.

golongan 15 hingga 25 tahun penyumbang tertinggi kemalangan di malaysia

Menurut data itu lagi, kebanyakkan daripada kemalangan yang juga melibatkan maut itu adalah penunggang motosikal.

 

“Umur risiko yang tinggi berlaku kemalangan termasuk mengakibatkan maut adalah antara 15 hingga 35 tahun dengan kebanyakan mereka adalah penunggang motosikal.

“Daripada kumpulan umur itu, risiko tertinggi adalah pengguna jalan raya dari umur 15 hingga 25 tahun,” kata beliau.

 

Tambahnya lagi, statistik turut menunjukkan kes kemalangan membabitkan pengguna jalan raya berusia 35 tahun ke atas mula menurun.

 

Menerusi Ops HRA, sebanyak 55,904 kenderaan telah diperiksa di seluruh negara, dan 20,792 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) (Akta 715) dikeluarkan.

 

Sumber: Kosmo!