Tingkat 4 Hotel Ini Boleh Membuatkan Korang Rasa Trauma Untuk Hidup

Stanley Hotel yang terletak di Colorado telah dibuka oleh seorang inventor industri automobile, F O Stanley pada tahun 1907. Semenjak dari itu juga, tempat itu sering dijadikan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti paranormal. Salah seorang pekerja hotel yang mati pada tahun 1911, Elisabeth Wilson, dikatakan sering muncul dalam bilik nombor 217 dan mengganggu tetamu. Roh Elisabeth sering membantu tetamu unpacking dan juga menyorok barang-barang mereka. Kalau korang pergi stay dekat hotel ni, kami cadangkan stay dekat level 4. Sebab dikatakan dekat level ni selalu terdengar kanak-kanak berlari dan suara kanak-kanak ketawa. Bukan tu je, hantu Mr Stanley dan isterinya juga sering muncul di lobi hotel tu. Roh isterinya juga sering bermain piano dalam bilik muzik. Weyh, scary gila. Korang berani tak stay dekat hotel ni? Sumber: telegraph Oleh: Azwar Kamaruzaman