Myvi Kuning ‘Ditelan’ Tanah Mendap Malam Tadi

myvi kuning ‘ditelan’ tanah mendap malam tadi

Sebuah Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang wanita berusia 42 tahun telah terjatuh ke dalam lubang berhampiran Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew malam tadi.

Dilaporkan kejadian berlaku sekitar jam 11.35 malam disebabkan oleh tanah mendap di kawasan tersebut.

Berdasarkan  Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkifli Yahya, tanah mendap tersebut berkeluasan tiga meter persegi. Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan mendapati, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa melihat jalan raya di laluannya telah runtuh dan mendap, menyebabkan kenderaannya terjatuh ke dalam lubang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 

 

Sumber: Astro Awani