Gempar di India, seorang bayi perempuan yang dilahirkan bersama lapan embrio yang dikesan berapa di dalam perutnya. Kejadian ini terjadi di sebuah hospital swasta di Ramgarh, Jharkhand.
Menurut laporan, ibu bapa bayi kepada bayi tersebut bergegas membawa anaknya ke hospital kerana risau selepas melihat perutnya yang semakin membesar semenjak dilahirkan.
Pada awalnya pihak hospital menyangka bayi tersebut hanya mengalami tumor tetapi selepas doktor memindahkan bayi itu ke Hospital dan Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak untuk melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) rupanya bayi tersebut disahkan mempunyai fetus-in-fetu (FIF) yang mana lebihan janin vertebrata cacat dimasukkan ke dalam badan bayi lain semasa dalam kandungan.

Difahamkan lapan embrio itu masih belum berkembang dan ini perkara ini dianggap sangat pelik kerana memang sangat jarang berlaku.
Walau bagaimanapun, fetus-in-fetu ini terjadi akibat dari pemisahan yang tidak lengkap kembar ataupun gagal membesar serta menjadi bahagian dalaman kembar yang sihat.
Sumber: The Mirror