“Lantak La Nak Kata Saya Buat Muka, Haters Gonna Hate” - Zarina Zainuddin Beri Penjelasan

Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini ada menceritakan tentang keadaan masalah sinus yang dihadapinya sebelum ini. 

Namun, Zarina kini bersyukur apabila tersebut kini sudah semakin pulih selepas dia menjalani pembedahan membuang cecair di kawasan wajahnya.

“Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.

“Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migraine saya pun sudah semakin baik.

“Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian check doktor dia kata itu sinus,” katanya 

Dalam melakukan pembedahan membuang cecair tersebut, Zarina juga ada mengakui yang dia ada melakukan sedikit pembedahan hidung supaya kelihatan lebih cantik. 

“Lepas saya bedah dan buang cecair tu saya repair la hidung saya sikit, tak ada la buruk sangat hidung saya. Saya ini pelakon tak akan nak biar muka tak cantik kan.

“Saya tak adalah ubah sangat hidung ini, kalau betul-betul buat baik saya tegakkan lepas itu mancungkan hidung ini,” ujarnya.

Selaras dengan itu, Zarina juga enggan untuk mengambil tahu kata-kata netizen yang menuduhnya membuat muka. 

“Lantak la orang nak cakap, nak kata saya buat muka ke apa ke, biarkan. Haters gonna hate, terangkan macam mana pun kalau dia tak suka sama juga.

“Saya ini pun dah tua, malas nak fikir pasal masalah. Nanti saya jadi orang gila layan manusia. Tak elok asyik nak marah dan dengki dengan orang. Kena selalu positif,” tambahnya lagi. 

 

Sumber: Awani