“Saya Minta Maaf Kerana Tak Dapat Teruskan Jaga Anak Mereka Tapi Respon Kurang Baik” - Zahnita Akui Sempat Mohon Maaf Kepada Ibu Mentua

Pelakon Zahnita Wilson berkongsi dia sempat meminta maaf kepada ibu mentuanya selepas mengambil keputusan untuk  tidak lagi bersama suaminya Abd Zackery Ghouse.

 

“Saya minta maaf kerana tak dapat teruskan jaga dia ( suami ). 

 

Bagaimanapun respon yang diterima amat menyedihkan.

 

"Yes.. baru-baru ini saya memang ada call ibu mentua saya dengan niat hendak mohon maaf sebab tak dapat jaga dan bersama anak dia ( Zakery).

 

"Tetapi respon yang saya terima daripada dia (ibu mentua) memang kurang baik dan agak menyedihkan untuk saya ketika itu.

 

"Saya faham buruk baik, Zakery anak dia. Tidak mengapa kalau dia tak dapat terima niat baik saya itu. Saya faham.

 

"Yang penting Z ikhlas untuk minta maaf kepada dia (ibu mentua) kerana saya fikir saya pernah menjadi sebahagian keluarga itu," katanya. 

 

Dalam pada itu, Zahnita akui bersyukur dan berterima kasih kerana keluarga itu pernah menerima dirinya untuk menjadi sebahagian keluarga tersebut. 

 

Sumber: Awani